Koleksi Dokumen Koleksi Asia Tenggara dan Dokumen

Koleksi Dokumen telah diwujudkan pada tahun 1974. Koleksi ini diwujudkan bertujuan bagi memudahkan pencarian maklumat bahan terbitan kerajaan, badan berkanun dan pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Bahan dokumen mempunyai sifat dan cirri yang tersendiri adalah berbeza dari bahan monograf dan terbitan bersiri biasa. Berdasarkan perbezaan ini, ianya wajar diasingkan di dalam koleksi yang tersendiri bagi memudahkan pengurusan dan penggunaannya.

Objektif

    • Menguruskan bahan terbitan kerajaan/badan berkanun Malaysia serta bahan terbitan kerajaan-kerajaan lain.
    • Memantap dan meningkatkan perolehan, pengumpulan dan pembangunan bahan terbitan kerajaan.
    • Membangunkan pangkalan data dalaman untuk semua terbitan kerajaan/badan berkanun Malaysia bagi memudahkan pencarian maklumat.
    • Untuk mengurus, mengorganisasi, mendokumentasi secara tersendiri serta memulihara bahan terbitan kerajaan yang kepelbagaian bentuk dan penggunaannya secara berkekalan.

Bahan-Bahan Yang Ditakrifkan Sebagai Dokumen

    • Semua terbitan Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan di Malaysia serta Negara ASEAN.
    • Semua terbitan Badan Berkanun di Malaysia kecuali terbitan dari institusi seperti Dewan Bahasa dan Pustaka yang berfungsi juga sebagai penerbit dagangan dan terbitan Universiti dan kolej yang mana dokumen pantadbiran institusi ini disimpan dalam Koleksi Dokumen, tetapi bahan dalam monograf dan terbitan bersiri yang diterbitkan oleh Penerbit institusi berkenaan ditempatkan di Koleksi Am / Koleksi Asia Tenggara atau Terbitan Bersiri.
    • Laporan tahunan semua syarikat swasta dan pertubuhan di Malaysia.
    • Terbitan Bangsa-Bangsa Bersatu dan agensinya
    • Terbitan Kerajaan Negara ASEAN
    • Terbitan OECD (Organisation for Economic Cooperation & Development)
    • Terbitan Perbadanan Antarabangsa (Intergovernmental Bodies)
    • Terbitan Rand Corporation (Institusi swasta yang menerbitkan laporan, kertas kerja, nota dan bahan penyelidikan)
    • Terbitan IAEA (International Atomic Energy Agency)
    • Terbitan United Nations

Jenis-Jenis Bahan Terbitan Kerajaan

    • Laporan Pentadbiran. Contoh : Laporan tahunan
    • Penerbitan Perangkaan. Contoh : Banci Penduduk, Buku Perangkaan Tahunan
    • Laporan Suruhanjaya dan Jawatankuasa. Contoh : Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis
    • Laporan Penyelidikan. Contoh : Strategi Pembangunan Mampan & Agenda 21 Selangor
    • Dasar Kerajaan. Contoh : Dasar Pertanian Negara, Dasar Automatif Nasional
    • Pelan Tindakan. Contoh : Pelan Tindakan Dasar Warga Tua Negara
    • Buletin / Jurnal. Contoh : Buletin Pengguna, Buletin Beringin
    • Risalah. Contoh : Perusahaan Memproses Sos Tomato
    • Brosur. Contoh : Teknologi Pengeluaran Dukung Anak, Malaysia Cergas
    • Poster. Contoh : Malaysian Currency Note With Additional, Security Features

Koleksi Dokumen Popular

Bahan popular adalah terdiri daripada bahan-bahan yang kerap dirujuk oleh pengguna. Ia adalah bahan terkini, terhad dan mengenai isu-isu semasa. Bahan popular merangkumi terbitan kerajaan dan terbitan luar Negara. Koleksi Popular juga menempatkan sebilangan daripada CD bahan dokumen. Antara contoh-contoh bahan yang terdapat dikoleksi bahan popular adalah seperti:

    • Terbitan Jabatan Perangkaan (Contoh :Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh, Banci Perkhidmatan)
    • Terbitan Bank Negara Malaysia (Contoh :Buletin Perangkaan, Laporan Tahunan)
    • Terbitan Persatuan Pengguna Malaysia (Contoh : Beyond Consumer Culture, Lindungi Anak Anda)
    • Terbitan Jabatan Perkhidmatan Awam (Contoh : Pekeliling Kemajuan Tadbiran Awam, Perintah-Perintah Am)
    • Laporan Ekonomi
    • Rancangan Malaysia
    • Koleksi Ucapan Perdana Menteri
    • Pelan Pembangunan
    • Terbitan Luar Negara (Contoh : World Development Report, Standards Methods for Examination of Water and Wastewater, Key Indicators of the Labour Market)

Pengdokumentasian

Pengdokumentasian merangkumi pengkatalogan, pengkelasan dan pengindeksan bahan Koleksi Dokumen adalah bertujuan bagi memudahkan pengesanan kembali bahan yang tersedia ada dalam koleksi.